Previous
Next

Muat Turun Sekarang

Memang Fastentix! sistem yang mudahkan kita semua seller, suka service yang diberikan kepada saya sebagai seller, akhirnya saya hanya fokus marketingkawasan dan saya mula dikenali di area ini sebagai penjual berdekatan

Puan Zainab

Shah Alam

FastSELLER ialah seorang wakil pengedar kepada sesuatu jenama produk (FastMERCHANT). Ia merujuk kepada stokis, ejen, francais atau rangkaian yang mempunyai stok dan perkhidmatan di tangan.

Mempunyai produk dan perkhidmatan di tangan. Menjadi wakil pengedar yang sah kepada produk atau jenama yang disenaraikan dalam Fastentix. Bersetuju untuk menjual di kawasan tersebut dan boleh membuat penghantaran secara COD dalam lingkungan 25km.

Kami ingin membantu anda memperkenalkan kedai atas talian kepada para pelanggan dalam lingkungan jarak 25km. Berniaga dengan kami membolehkan anda meluaskan perniagaan anda ke platform atas talian dan luar talian atau sebaliknya. Selain itu, FastSELLER juga akan mendapat tambahan pendapatan dari kiriman produk, logistik, SDD/COD di mana ia dapat memberi manfaat dua keuntungan yang meliputi produk dan logistik.

1- Sila muat turun aplikasi di Android dan iOS, cari Fastentix. 2- Daftar pertama kali, kemudian log masuk. 3- Pergi ke Me --> Account --> Upgrade ke FastSELLER 4- Sila pilih FastMERCHANT dan daftar. 5- Pilih produk dari FastMERCHANT dan masukkan jumlah produk yang ada. 6- Kemaskini profil dan promosikan kedai atas talian anda.

Bayaran atau pakej ditentukan oleh FastMERCHANT sahaja. Syarat dan cara tersebut adalah hak eksklusif yang diberikan kepada FastMERCHANT ketika pendaftaran FastSELLER.

10% ini adalah caj mampu milik yang disediakan di malaysia , dimana ia melibatkan penggunaan sistem 'marketplace' dan logistik yang memfokuskan kepada sameday delivery.

Bayaran perkhidmatan yang dikumpulkan oleh Fastentix memastikan FastSQUAD dibayar dengan adil dan membolehkan kami menyediakan perkhidmatan platform pasaran yang memberi kelebihan penghantaran hari yang sama SDD/COD, dan produk tulen dari pengeluar. Kami yakin dengan perkongsian bayaran dengan FastSQUAD ini dapat memberikan motivasi untuk mereka sentiasa mempromosikan produk anda. Sebahagian besar bayaran ini akan dikembalikan semula kepada pelanggan serta FastSQUAD yang membantu mereka mendapatkan ganjaran dari setiap pembelian yang ada. Selebihnya, ia digunakan untuk menampung kos operasi, kos transaksi, kos pemasaran, tenaga kerja belakang tabir seperti perkhidmatan pelanggan untuk FastBUYER, FastSELLER, FastMERCHANT, FastSQUAD.

Ya , Sistem Fastentix membenarkan tetapi bergantung kepada polisi FastMERCHANT kepada FastSELLER sebagai wakil jualan mereka.

Boleh menyarankan Pemilik Brand atau HQ tersebut untuk berdaftar sebagai FastMERCHANT atau memperkenalkan mereka kepada kami untuk dihubungi bagi meneruskan pengurusan.